Nuffnang Ads

Tuesday 4 July 2017

Cara Susun Tudung Bawal

Assalamualaikum w.b.t.

Entri kali ni,
Warda nak share macam mana Warda simpan tudung-tudung bawal yang berlambak-lambak tak habis nak pakai tu k. Mana taknye, biasa lipat then susun bertingkat-tingkat centu. Nak tarik yang bawah habis yang atas pun berterabur. So, Warda ada solution. Cara dia simple je. Kalau korang ada drawer almari macam Warda. Lagi senang!

Nah! Ini dia tempat Warda simpan tudung bawal

Apa yang kita perlu :

Laci almari
Polisterin tebal (supaya tak mudah patah)
Kain/kertas
Gam

Cara-caranya :

1. Potong polisterin tu ikut saiz laci.
2. Balut dengan kain atau kertas supaya nampak lebih kemas dan cantik. Kalau taknak balut pun boleh je.
3. Gamkan polisterin tu pada laci. Aku suggest guna gam yang tembak tu. Gam tu kuat sikit.
4. Lipatkan tudung bawal korang kecil-kecil.
5. Then, susunlah tudung korang dalam laci tu elok-elok.
6. Settle masalah tudung bawal bersepah!

Nahh! Settle masalah.
Nak cari pun lagi senang daripada korang
lipat dia jadi bertingkat-tingkat.




Monday 3 July 2017

Part 2 : Minggu Orientasi


Maka bermulalah hidup aku sebagai pegawai kadet di USM…

Minggu orientasi selama dua minggu dah bermula.

Setiap petang, kitorang diwajibkan hadir ke Markas PALAPES untuk sesi orientasi dengan senior senior PALAPES tu. Kitorang dah tak dibenarkan panggil diorang dengan panggilan ‘kakak’ ‘abang’. Ditegah sama sekali tau! Kitorang kena panggil diorang dengan panggilan ‘puan’ atau ‘tuan’.

Dalam kepala ni,
“Apa benda laa! Tak kahwin lagi dah suruh orang panggil tuan puan”.

Rupanya baru aku tahu yang itu adalah satu tradisi dan melambangkan senioriti antara pegawai kadet. Ohhh! Begitu. Dan sepanjang orientasi kitorang diajar pasal basic dalam ketenteraan macam pangkat, ikrar, lagu dan nama-nama jurulatih serta pegawai.

Next story, nanti aku sambung bila aku free sekaligus kenalkan skuad-skuad kesayangan aku.

Part 1 : Al kisah aku terjebak dengan PALAPES


Waktu minggu orientasi pelajar baru USM bermula, aku dengan susah hati memikirkan ko-k apa yang best. Nak pilih Kelana Siswa, dah 5 tahun aku berbakti dalam pengakap. Sejak dari tingkatan 1 lagi sampai tingkatan 5. Bosan dah! Ingat nak tukar uniform lain pulak. Tapi semua macam ‘ngeri’ je. Haha!

Tetiba rasa macam nak survey booth Navy sebab tertarik dengan abang yang pakai uniform putih tu. Look smart! Sekali tengok banner, mak aii syarat dia! Kena PANDAI berenang, tinggi MINIMUM 154cm. Aku??? Baka ayam katik. 148cm je, jatuh sungai pun lemas. So, FAILED!!

Lepas tu, member aku Fazlin dan Azatul ajak join Army and I be like, “OMG, seriously beb?”. Dalam kepala aku ni mesti lagi teruk dari PKBM. Askar beb askar! Then aku tanya laa ‘akak’ yang pakai uniform hijau kat booth tu dengan naifnya,

“Akak akak, boleh ke saya masuk askar ni? Saya rendah je kak. Macam mana? Lulus ke?”

“Boleh je. Skuad saya budak Sarawak, lagi rendah dari awak. Elok je dia sampai sekarang.”

Dalam hati aku terfikir, ‘squad’? Apa benda tu. Ahh! Abaikan jela. Nanti tanya lain. Haha. Aku pun beranikan diri isi borang merah, ukur tingi, timbang berat. Lepas isi borang, akak tu cakap,

“Nanti hari Sabtu jam 0630 datang Markas PALAPES untuk buat ujian UKA. Pakai baju sukan tau! Jangan lambat!”

Dalam hati,
“Ceruk mana pulak Markas PALAPES nyeee? And whatttt? Jam 0630? Biar betul akak ni. Orang baru bangun sembahyang Subuh kot time tu. Takpelah, kita cuba dulu tengok macam mana nanti.”

--------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Sabtu……..

Dengan semangatnya, awal pagi lagi aku dah bersiap. Berkobar-kobar nak pergi ujian UKA. Pergi sekali dengan Fazlin dan Azatul. Pagi tu dikendalikan oleh jurulatih PALAPES tu sendiri. Dia kenalkan diri sebagai Sjn Hisham and panggil dia Stap Hisham. Guess what apa yang kitorang kena buat untuk ujian UKA tu? Larian 2.4km dalam masa 15 minit bagi wanita, 40x sit up and 40x push up (but they called as ‘front support’).

Memandangkan aku bekas atlet sekolah suatu ketika dahulu, aku lulus untuk ujian yang pertama. Pusing IK sebanyak 3 kali dengan jarak 2.4km dan catatan masa aku 15.34 minit. Oh yeahhh! LULUS. Tapi lain cerita pulak dengan kawan aku dua orang tu. Haha. Dua-dua bukan kaki lari, bukan budak atlet. 2.4km tu rasa susah sangat bagi diorang. Kesian weii aku tengok Fazlin. Sampai pucat muka dia. So, untuk ujian pertama diorang dah mula ‘give up’ malah aku berkobar-kobar untuk ke ujian seterusnya.

Selepas selesai semua ujian. Aku termasuk dalam golongan yang LULUS untuk menyertai PALAPES. Tapi yang tak lulus, takde pulak diorang kata ‘rejected’. Kemudian, kami digesa untuk masuk ke Bilik Model dalam markas. (Kalau nak tahu bilik model tu apa, baca cerita seterusnya)

Dalam hati terfirkir,
“Ehhh jap japp! Bilik Model? Wahhh, askar ada bilik model? Ada kostum ape eh dalam tu. Emm tempat salin baju agaknya tu.”

Bila dah masuk dalam bilik tu,
“Bilik apa sebenarnya ni? Buruk je. Ada tikar getah bertutup. Eh, ada pasir lah bawah tikar tu. Dah kenapa tak simenkan je sampai habis. Aiyoo”.

Waktu tu kami tengah tunggu senior buat preparation untuk buat dokumentasi pasal bakal pegawai kadet. Kitorang kena isi borang. Bapak banyak!!

So, dipendekkan cerita. Kawan aku dua orang tu dah betul-betul ‘give up’ and choose to drop. Aku dah tak boleh nak halang, minat masing-masing kan. Tapi aku, masih dengan semangat aku nak teruskan. Satu je aku terfikir, aku nak rasa apa yang Abah rasa walaupun cuma hujung kuku. (Abah aku askar jugak tapi dah pencen)

Friday 22 April 2016

Short Vacay, 15 - 16 April 2016

Assalamualaikum w.b.t

# Day 1

Orang kata Penang ni banyak tempat menarik, tapi minggu lepas. Masa tunang aku datang, aku tak tahu nak bawa dia berjalan ke mana. Dan untuk kali ketiga, aku pergi lagi ke Bukit Bendera semata-mata nak bergambar dengan dia kat sana.

Selama 4 hari dia kat Penang, kami sewa kereta Axia untuk memudahkan langkah perjalanan dan harga sewa adalah RM60/ halfday. Pada aku dan tunang, ianya agak berbaloilah sebab tu kereta kawan aku tu sendiri. Kereta baru makkk! Dia bagi kami sewa. Pusing Penang satu hari, minyak cuma RM10.00 je sebab kereta ni jimat minyak. Memang seronok laa berjalan.


Axia baru makkk!!

Walaupun kecik tapi sangat selesa untuk dua orang sampaikan cik tunang kata, 

"Nanti kita beli kereta Axia je laa awak. Kecik pun kecik. Minyak pun jimat". 

Hari tu aku dah suggestkan kat dia kata beli Axia,tapi dia reject cadangan aku. Katanya Axia tak lawa. Eh sekarang tetibe tertarik pulak dengan kereta kecik ni. Haa! Tu baru cerita bab transportation kami. Belum masuk vacation lagi.

Lepas aku habis test Midterm pagi tu, kami lunch terus kat cafe dan call kawan aku untuk ambil kereta. Pukul 12.00pm kami start bertolak ke Bukit Bendera. Perjalanan ke sana dari USM sepatutnya hanya 15 minit jadi sampai 1 jam disebabkan salah ikut route. Kami sampai kat sana lebih kurang pukul 1.00pm jugakla. Sesampainya kami, lega rasa hati sebab tempat jual tiket lengang sebab bukan musim cuti atau hujung minggu. Beratur dan terus dapat tiket. Harga masih sama macam yang aku pernah bagitahu beberapa minggu lepas. Kami guna student card, jadi harga untuk return ticket just only RM5.00.


OK! Lets go.

Sampai kat atas tu, kami solat Zohor dulu. Memandangkan cik tunang musafir, senang laa. Dia boleh terus jamak je. Sebenarnya banyak je tempat yang menarik kat atas tu tapi disebabkan melayan mood yang penat, aku jadi malas nak berjalan. Haha!

Mula-mula sekali, basahkan tekak dengan ABC special dulu. Lepas tu baru kita fikir nak ke mana ye!


ABC Special hanya RM5.00

Setelah berjaya habiskan semangkuk ABC, kami mengorak langkah untuk menjelajah sekitar kawasan Bukit Bendera ni. Kemudian kami bertolak pulang dan berhajat nak singgah di mana-mana masjid sebab aku belum solat Asar lagi.

------------------------------------------------------------------------------

Seusai solat Asar, kami pusing-pusing di sekitar Gurney Plaza. Walaupun jalan di waktu petang agak sibuk tapi kawasan yang bersebelahan dengan pantai sangat menenangkan. Cantik! Untuk malam, aku cuba ajak cik tunang dinner dekat restoran pinggiran Pulau Jerejak. Aku pilih kat situ sebab tepi pantai. Cantik sangat view kat sana dan boleh nampak Jambatan Pulau Pinang yg pertama tu.

Kalau tak silap aku, malam tu kami singgah kat Sampan Famous Seafood. Semua makanan yang berkuah depa buh dalam mangkuk yang bentuk perahu. Kreatif! Untuk dinner kami order,

  • Ikan Siakap Steam
  • Tomyam Seafood
  • Kailan Goreng Ikan Masin
  • Telur Dadar 2x
  • Sotong Celup Tepung
  • Nasi Putih 2x
  • Carrot Susu + Limau Ais

All the dishes above cost RM58.00. Terkejut jugak laa makan sampai RM60.00 dua orang. Biasa kalau keluar makan dengan family, abah yang bayarkan. So, aku tak pernah tahu laa range price kalau makan macam ni. Tapi tunang aku kata, tu dah murah. Tak kisahlah, yang penting aku nak puji makanan dia. Semua sedap! Especially ikan siakap steam tu. Memang terbaik. 




Sampan Famous Seafood
Persiaran Bayan Mutiara
11900 Bayan Lepas, Penang

*open at dinner hour


Lepas habis makan, kami pusing Padang Kota Lama (Esplanade) sat sebelum balik.

Wednesday 30 March 2016

Coretan Kenangan Bukit Bendera, 13 March 2016

Assalamualaikum w.b.t




Hari ini kita ke destinasi pelancongan yang terletak di Pulau Mutiara.

Setelah dua minggu berlalu, aku baru berkesempatan nak bercerita tentang pengalaman aku mengembara ke Bukit Bendera yang terletak di negeri Pulau Mutiara tu. Ni pengembaraan kedua aku ke sini ditemani dengan sahabat-sahabat dunia akhirat ku seramai 5 orang. Perjalanan dari USM Penang ke Bukit Bendera cuma megambil masa selama 15 minit dengan menaiki motorsikal. Sebenarnya tak dirancang pun nak ke Bukit Bendera pada hari tu cuma kebetulan jalan ke sana dah sehala, kami teruskan je la niat di hati.

Masa trip pertama dulu,
aku datang dengan budak-budak desa aku sebab kami join Program Nature Hill yang dianjurkan oleh pihak MPD Indah Kembara, USM. Tapi masa naik tu, kami hiking melalui trek tar. Uhh!! Apak penat, bukit dia curam gile kot. Sekali kau dah panjat tingi-tinggi, tetiba kau toleh belakang. Goyang kaki tengok ketinggian tu. Perjalanan hiking nak sampai ke puncak tu makan masa 3 jam jugak laa. Kami naik dari pukul 0730 sampai kat atas dalam pukul 0930. Penat dia berpeluh-peluh beb! Masa nak balik, kami turun dengan train tapi aku tak tahu pun berapa harga train sebab pihak MPDIK yang belikan terus tiket tu.

Haa! Tu cerita yang tahun 2014 dan yang aku nak cerita ni baru je berlaku 13 Mac 2016 hari tu.
Memandangkan kami sampai kat sana pun dah pukul 1000, jadi kami beli tiket 'naik turun' sekali gus sebab tak rancang pun nak datang hiking. Masa nak beli tiket tu, barisan orang yang nak beli tiket tu panjang gile! Berlingkar-lingkar macam ular. Ohh! patutlah ramai sebab kami gediks pi hari Ahad. Hari parents cuti dan hari bawak anak-anak berjalan-jalan. Haha. Tiket "naik turun' yang kami beli hari tu RM 5.00 je sebab kami guna 'student card'. Tak ape, ni aku sertakan list harga tiket untuk korang tengok, 

Harga tiket train Bukit Bendera

Depa dah upgrade dah tiket train, dulu pakai kertas je dan kita boleh simpan sebagai kenangan, sekarang depa guna kad sebab lebih mudah mungkin, hanya masukkan kad dalam mesin, pagar tu akan automatik terbuka tapi sedihnya tak boleh nak simpan buat kenangan la. Tapi nasib baik aku sempat snap hari tu. Haha! 

Style tiket DULU dan SEKARANG!

Sebenarnya kat Bukit Bendera atau nama famousnya orang panggil Penang Hill bukan ada apa pun. Cuma ada hot spot yang istimewa kat atas tu untuk pelancong-pelancong bergambar. Antara tempat yang menarik dan kebiasaannya jadi tarikan pelancong adalah,


'Love Lock'
yang warna pink depa sangkut keliling pagar-pagar kat tu
buatkan orang ramai terpesona. Memang nampak lawa.
Lock tu biasanya couple-couple yang dok sangkut.
Harga dia aku rasa delat RM30.00 kot.
Kalau gian sangat nak sangkut jugak, 
ampa pi beli siap-siap kat kedai RM2. Haha!

'Kerusi Senget'
Kerusi ni dahla ada sebijik ja kat situ.
Tapi selalu susah nak bergambar kat sin sebab selalu penuh orang dok menunggu.
Biasanya budak-budak couple la dok bergambar kat sini berjam-jam.
Sweet katakan!

'ABC Special'
Harga RM5.00 jaa aku pergi dua minggu lepas.
Memang puas hati dan sedap sangat.
Dengan cuaca yang panas terik,
basah tekak dengan ABC. Puas hati gila. 
Sape yang pi Penang Hill  tapi tak try ni memang rugi.
Aku sampai termimpi-mimpi nak lagi.

'LOVE'
tapi sekarang depa dah pagar keliling dah kat LOVE ni.
Kalau nak ambil gambar kena depa yang ambilkan tapi charge almost
RM40.00 rasanya sekali dengan print out gambar tu.
Mase aku mula-mula pergi dulu, free ja dan bebas bergambar kat sini!

'Bukit Bendera'
Pelancong yang datang mesti akan ambil gambar kat sini.

'Teropong'
Seronok tengok teropong ni sebab boleh nampak bandar
Pulau Pinang. HargaRM1.00 untuk 5 minit kalau tak
salah aku.

Dekat atas tu, banyak je kedai-kedai souvenir seperti baju, keychain, fridge magnet yang korang boleh beli sebagai tanda kenang-kenangan pernah datang sini. Harga cenderamata tu taklah mahal sangat aku rasa, range biasa je. Memang berbaloi la. 

Dan satu lagi aku nak share, kemudahan yang diorang sediakan memang tiptop!
Bila korang naik atas tu, jangan risau nak solat macam mana dan kat mana sebab surau yang disediakan tersangatlah selesa pada pandangan aku. Memang cantik dan bersih. Tandas yang disediakan pun selesa.

Beginilah rupa train nye.
Bapak laju wei dan memang gayat tapi
pemandangan masa naik dan turun tu
'Subhanallah' memang lawa weh.

Akhir kata, berakhirlah pengembaraan kami ke Bukit Bendera yang hanya bermodalkan tidak lebih RM20.00 termasuk pengangkutan (motorsikal) , tiket train, dan makan. Sangat seronok. Cubalah pergi dan banyak lagi tempat menarik yang aku tak sebut dan cerita kat atas tu.