Waktu minggu orientasi pelajar baru USM
bermula, aku dengan susah hati memikirkan ko-k apa yang best. Nak pilih Kelana
Siswa, dah 5 tahun aku berbakti dalam pengakap. Sejak dari tingkatan 1 lagi
sampai tingkatan 5. Bosan dah! Ingat nak tukar uniform lain pulak. Tapi semua
macam ‘ngeri’ je. Haha!
Tetiba rasa macam nak survey booth Navy
sebab tertarik dengan abang yang pakai uniform putih tu. Look smart! Sekali
tengok banner, mak aii syarat dia! Kena PANDAI berenang, tinggi MINIMUM 154cm.
Aku??? Baka ayam katik. 148cm je, jatuh sungai pun lemas. So, FAILED!!
Lepas tu, member aku Fazlin dan Azatul ajak
join Army and I be like, “OMG, seriously beb?”. Dalam kepala aku ni mesti lagi
teruk dari PKBM. Askar beb askar! Then aku tanya laa ‘akak’ yang pakai uniform
hijau kat booth tu dengan naifnya,
“Akak akak, boleh ke saya masuk askar ni?
Saya rendah je kak. Macam mana? Lulus ke?”
“Boleh je. Skuad saya budak Sarawak, lagi
rendah dari awak. Elok je dia sampai sekarang.”
Dalam hati aku terfikir, ‘squad’? Apa benda
tu. Ahh! Abaikan jela. Nanti tanya lain. Haha. Aku pun beranikan diri isi
borang merah, ukur tingi, timbang berat. Lepas isi borang, akak tu cakap,
“Nanti hari Sabtu jam 0630 datang Markas
PALAPES untuk buat ujian UKA. Pakai baju sukan tau! Jangan lambat!”
Dalam hati,
“Ceruk mana pulak Markas PALAPES nyeee? And
whatttt? Jam 0630? Biar betul akak ni. Orang baru bangun sembahyang Subuh kot
time tu. Takpelah, kita cuba dulu tengok macam mana nanti.”
--------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Sabtu……..
Dengan semangatnya, awal pagi lagi aku dah
bersiap. Berkobar-kobar nak pergi ujian UKA. Pergi sekali dengan Fazlin dan
Azatul. Pagi tu dikendalikan oleh jurulatih PALAPES tu sendiri. Dia kenalkan
diri sebagai Sjn Hisham and panggil dia Stap Hisham. Guess what apa yang
kitorang kena buat untuk ujian UKA tu? Larian 2.4km dalam masa 15 minit bagi
wanita, 40x sit up and 40x push up (but they called as ‘front support’).
Memandangkan aku bekas atlet sekolah suatu
ketika dahulu, aku lulus untuk ujian yang pertama. Pusing IK sebanyak 3 kali
dengan jarak 2.4km dan catatan masa aku 15.34 minit. Oh yeahhh! LULUS. Tapi
lain cerita pulak dengan kawan aku dua orang tu. Haha. Dua-dua bukan kaki lari,
bukan budak atlet. 2.4km tu rasa susah sangat bagi diorang. Kesian weii aku
tengok Fazlin. Sampai pucat muka dia. So, untuk ujian pertama diorang dah mula
‘give up’ malah aku berkobar-kobar untuk ke ujian seterusnya.
Selepas selesai semua ujian. Aku termasuk
dalam golongan yang LULUS untuk menyertai PALAPES. Tapi yang tak lulus, takde
pulak diorang kata ‘rejected’. Kemudian, kami digesa untuk masuk ke Bilik Model
dalam markas. (Kalau nak tahu bilik model tu apa, baca cerita seterusnya)
Dalam hati terfirkir,
“Ehhh jap japp! Bilik Model? Wahhh, askar
ada bilik model? Ada kostum ape eh dalam tu. Emm tempat salin baju agaknya tu.”
Bila dah masuk dalam bilik tu,
“Bilik apa sebenarnya ni? Buruk je. Ada
tikar getah bertutup. Eh, ada pasir lah bawah tikar tu. Dah kenapa tak simenkan
je sampai habis. Aiyoo”.
Waktu tu kami tengah tunggu senior buat
preparation untuk buat dokumentasi pasal bakal pegawai kadet. Kitorang kena isi
borang. Bapak banyak!!
So, dipendekkan cerita. Kawan aku dua orang
tu dah betul-betul ‘give up’ and choose to drop. Aku dah tak boleh nak halang,
minat masing-masing kan. Tapi aku, masih dengan semangat aku nak teruskan. Satu
je aku terfikir, aku nak rasa apa yang Abah rasa walaupun cuma hujung kuku.
(Abah aku askar jugak tapi dah pencen)