Nuffnang Ads

Tuesday 4 July 2017

Cara Susun Tudung Bawal

Assalamualaikum w.b.t.

Entri kali ni,
Warda nak share macam mana Warda simpan tudung-tudung bawal yang berlambak-lambak tak habis nak pakai tu k. Mana taknye, biasa lipat then susun bertingkat-tingkat centu. Nak tarik yang bawah habis yang atas pun berterabur. So, Warda ada solution. Cara dia simple je. Kalau korang ada drawer almari macam Warda. Lagi senang!

Nah! Ini dia tempat Warda simpan tudung bawal

Apa yang kita perlu :

Laci almari
Polisterin tebal (supaya tak mudah patah)
Kain/kertas
Gam

Cara-caranya :

1. Potong polisterin tu ikut saiz laci.
2. Balut dengan kain atau kertas supaya nampak lebih kemas dan cantik. Kalau taknak balut pun boleh je.
3. Gamkan polisterin tu pada laci. Aku suggest guna gam yang tembak tu. Gam tu kuat sikit.
4. Lipatkan tudung bawal korang kecil-kecil.
5. Then, susunlah tudung korang dalam laci tu elok-elok.
6. Settle masalah tudung bawal bersepah!

Nahh! Settle masalah.
Nak cari pun lagi senang daripada korang
lipat dia jadi bertingkat-tingkat.




Monday 3 July 2017

Part 2 : Minggu Orientasi


Maka bermulalah hidup aku sebagai pegawai kadet di USM…

Minggu orientasi selama dua minggu dah bermula.

Setiap petang, kitorang diwajibkan hadir ke Markas PALAPES untuk sesi orientasi dengan senior senior PALAPES tu. Kitorang dah tak dibenarkan panggil diorang dengan panggilan ‘kakak’ ‘abang’. Ditegah sama sekali tau! Kitorang kena panggil diorang dengan panggilan ‘puan’ atau ‘tuan’.

Dalam kepala ni,
“Apa benda laa! Tak kahwin lagi dah suruh orang panggil tuan puan”.

Rupanya baru aku tahu yang itu adalah satu tradisi dan melambangkan senioriti antara pegawai kadet. Ohhh! Begitu. Dan sepanjang orientasi kitorang diajar pasal basic dalam ketenteraan macam pangkat, ikrar, lagu dan nama-nama jurulatih serta pegawai.

Next story, nanti aku sambung bila aku free sekaligus kenalkan skuad-skuad kesayangan aku.

Part 1 : Al kisah aku terjebak dengan PALAPES


Waktu minggu orientasi pelajar baru USM bermula, aku dengan susah hati memikirkan ko-k apa yang best. Nak pilih Kelana Siswa, dah 5 tahun aku berbakti dalam pengakap. Sejak dari tingkatan 1 lagi sampai tingkatan 5. Bosan dah! Ingat nak tukar uniform lain pulak. Tapi semua macam ‘ngeri’ je. Haha!

Tetiba rasa macam nak survey booth Navy sebab tertarik dengan abang yang pakai uniform putih tu. Look smart! Sekali tengok banner, mak aii syarat dia! Kena PANDAI berenang, tinggi MINIMUM 154cm. Aku??? Baka ayam katik. 148cm je, jatuh sungai pun lemas. So, FAILED!!

Lepas tu, member aku Fazlin dan Azatul ajak join Army and I be like, “OMG, seriously beb?”. Dalam kepala aku ni mesti lagi teruk dari PKBM. Askar beb askar! Then aku tanya laa ‘akak’ yang pakai uniform hijau kat booth tu dengan naifnya,

“Akak akak, boleh ke saya masuk askar ni? Saya rendah je kak. Macam mana? Lulus ke?”

“Boleh je. Skuad saya budak Sarawak, lagi rendah dari awak. Elok je dia sampai sekarang.”

Dalam hati aku terfikir, ‘squad’? Apa benda tu. Ahh! Abaikan jela. Nanti tanya lain. Haha. Aku pun beranikan diri isi borang merah, ukur tingi, timbang berat. Lepas isi borang, akak tu cakap,

“Nanti hari Sabtu jam 0630 datang Markas PALAPES untuk buat ujian UKA. Pakai baju sukan tau! Jangan lambat!”

Dalam hati,
“Ceruk mana pulak Markas PALAPES nyeee? And whatttt? Jam 0630? Biar betul akak ni. Orang baru bangun sembahyang Subuh kot time tu. Takpelah, kita cuba dulu tengok macam mana nanti.”

--------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Sabtu……..

Dengan semangatnya, awal pagi lagi aku dah bersiap. Berkobar-kobar nak pergi ujian UKA. Pergi sekali dengan Fazlin dan Azatul. Pagi tu dikendalikan oleh jurulatih PALAPES tu sendiri. Dia kenalkan diri sebagai Sjn Hisham and panggil dia Stap Hisham. Guess what apa yang kitorang kena buat untuk ujian UKA tu? Larian 2.4km dalam masa 15 minit bagi wanita, 40x sit up and 40x push up (but they called as ‘front support’).

Memandangkan aku bekas atlet sekolah suatu ketika dahulu, aku lulus untuk ujian yang pertama. Pusing IK sebanyak 3 kali dengan jarak 2.4km dan catatan masa aku 15.34 minit. Oh yeahhh! LULUS. Tapi lain cerita pulak dengan kawan aku dua orang tu. Haha. Dua-dua bukan kaki lari, bukan budak atlet. 2.4km tu rasa susah sangat bagi diorang. Kesian weii aku tengok Fazlin. Sampai pucat muka dia. So, untuk ujian pertama diorang dah mula ‘give up’ malah aku berkobar-kobar untuk ke ujian seterusnya.

Selepas selesai semua ujian. Aku termasuk dalam golongan yang LULUS untuk menyertai PALAPES. Tapi yang tak lulus, takde pulak diorang kata ‘rejected’. Kemudian, kami digesa untuk masuk ke Bilik Model dalam markas. (Kalau nak tahu bilik model tu apa, baca cerita seterusnya)

Dalam hati terfirkir,
“Ehhh jap japp! Bilik Model? Wahhh, askar ada bilik model? Ada kostum ape eh dalam tu. Emm tempat salin baju agaknya tu.”

Bila dah masuk dalam bilik tu,
“Bilik apa sebenarnya ni? Buruk je. Ada tikar getah bertutup. Eh, ada pasir lah bawah tikar tu. Dah kenapa tak simenkan je sampai habis. Aiyoo”.

Waktu tu kami tengah tunggu senior buat preparation untuk buat dokumentasi pasal bakal pegawai kadet. Kitorang kena isi borang. Bapak banyak!!

So, dipendekkan cerita. Kawan aku dua orang tu dah betul-betul ‘give up’ and choose to drop. Aku dah tak boleh nak halang, minat masing-masing kan. Tapi aku, masih dengan semangat aku nak teruskan. Satu je aku terfikir, aku nak rasa apa yang Abah rasa walaupun cuma hujung kuku. (Abah aku askar jugak tapi dah pencen)